Friday 30 December 2011



TAYAMUM

Tujuan
Memberi pengetahuan kepada individu dan pelajar tentang ilmu berkenaan tayamum sebagai rukhsah dalam melaksanakan ibadah sebagai seorang muslim.


Objektif
Di dalam perlaksanaan ibadah seharian kadangkala kita mengalami masalah untuk melaksanakannya. Tajuk kali ini dapat memberi pengajaran dan pembelajaran  tentang tayamum sebagai ganti wuduk.


PENGERTIAN DAN HUKUM TAYAMUM
Pada Bahasa: Sengaja
Pada Syarak: Memindahkan debu tanah pada anggota tayamum iaitu muka dan dua tapak tangan hingga kesiku dengan syarat yang tertentu sebagai rukhsah atau keringanan dan ganti daripada mengambil wuduk atau mandi wajib.

Hukum dan Tujuan tayamum
Hukum tayamum ialah harus
Tayamum disyariatkan dengan tujuan untuk menggantikan mandi wajib dan wuduk dalam keadaan dan syarat-syarat tertentu bagi mengharuskan ibadat seperti solat, menyentuh Al-Quran dan lain-lain.

  • Dalil Al-Quran

    Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik ; sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema`af lagi Maha Pengampun.” (QS. An-Nisa : 43)
  • Dalil Sunnah

    “…Dan dijadikan tanah bagi kita sebagai media pensuci, jika tidak terdapat air.” ( HR. Muslim)


  • Fardu Tayamum

    Fardu atau rukun ada lima perkara,iaitu:
    1) Niat
        Dilakukan pada permulaan memindahkan debu tanah kemuka
    2) Memindahkan debu pada anggota tayamum
    3) Menyapu muka
        Kawasan menyapu muka adalah sama seperti dalam wuduk
    4) Menyapu tangan hingga siku
        Kawasan menyapu tangan adalah sama seperti dalam wuduk
    5) Tertib
         Tertib adalah wajib mengikut susunan di atas

    Dan dalam salah satu lafadz riwayat Bukhori,
    وَمَسَحَ وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ وَاحِدَةً
    “Dan beliau mengusap wajahnya dan kedua telapak tangannya dengan sekali usapan”.
    Berdasarkan hadits di atas kita dapat simpulkan bahwa tata cara tayammum beliau shallallahu ‘alaihi was sallam adalah sebagai berikut.
    • Memukulkan kedua telapak tangan ke permukaan bumi dengan sekali pukulan kemudian meniupnya.
    • Kemudian menyapu punggung telapak tangan kanan dengan tangan kiri dan sebaliknya.
    • Kemudian menyapu wajah dengan dua telapak tangan.
    • Semua usapan baik ketika mengusap telapak tangan dan wajah dilakukan sekali usapan saja.
    • Bagian tangan yang diusap adalah bagian telapak tangan sampai pergelangan tangan saja atau dengan kata lain tidak sampai siku seperti pada saat wudhu.
    • Tayammum dapat menghilangkan hadats besar semisal janabah, demikian juga untuk hadats kecil.
    • Tidak wajibnya urut/tertib dalam tayammum.

    Fungsi Tayamum 


    1)  Mengharuskan kita melakukan ibadat wajib seperti solat
    2)  Mengharuskan kita melakukan ibadat sunat dan menyentuh Al-Quran
    3)  Mengharuskan orang yang uzur daripada menggunakan air disebabkan penyakit untuk melakukan ibadat.
    4)  Mengharuskan kita melakukan ibadat sekiranya ada air tetapi tidak mencukupi. Contohnya hanya ada untuk makan dan minum.

    Perkara yang membatalkan tayamum

    1)  Semua perkara yang membatalkan wuduk adalah juga membatalkan tayamum
    2)  Mengetahui ada air bagi tayamum yang disebabkan ketiadaan air
    3)  Murtad.

    Anggota Tayamum
    1)  Muka 
    2)  Tangan hingga kesiku

    Penghayatan
    Walaupun kita mempunyai masalah tidak boleh menggunakan air untuk berwuduk Allah S.W.T telah menyediakan rukhsah atau keringanan sebagai ganti wuduk dan wajib bagi kita melakukan dan mendirikan solat dengan bertayamum. Diharap ilmu yang sedikit ini dapatlah sama-sama kita mempelajari dan mendalami dengan cara yang paling baik.








    8 comments:

    1. Blog menarik.banyak pengisian ilmu terutamanya bab tayamum ramai orang kurang kefahaman cara bagaimana untuk menggunakan tayammum ketika darurat.

      ReplyDelete
    2. tahniah....mempunyai objektif yang menarik terima kasih atas ilmu yang disebarkan

      ReplyDelete
    3. Banyak maklumat diperolehi sekiranya kita mempunyai masalah ketiadaan air,antaranya dengan tayamum ini.Terima kasih atas perkongsian ilmu

      ReplyDelete
    4. Replies
      1. This comment has been removed by the author.

        Delete
      2. tayamum digunakan untuk kemudahan para musafir atau orang yang sakit

        Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    6. Assalamualaikum, banyak perkara perlu dipelajari tentang tayamum, teruskan usaha..........

      ReplyDelete