Saturday 18 February 2012

AKTIVITI
1) Apakah hukum tayamum?
a) Wajib b) Harus c) Sunat d) Makruh

2) Berapakah jumlah anggota badan yang digunakan ketika bertayamum?
a) 5         b) 4        c) 3        d) 2

3) Diantara Rukun atau fardu tayamum ialah?
a) Menyapu telinga b) Menyapu sebahagian kepala c) Menyapu kaki d) Menyapu muka

4) Bagaimana jenis tanah yang digunakan untuk bertayamum?
a) Tanah liat b) Tanah laterit c) Debu tanah d) Tanah gambut

5) Syarat untuk seseorang itu boleh bertayamum menggantikan wuduk ialah?
a) Tidak suka guna air b) Sakit bahagian kaki c) Tiada air d) Air terlalu kotor

AKTIVITI PERBINCANGAN

1) Tulis pengertian tayamum dari segi bahasa?
     ...................................................................................
     ...................................................................................

2) Tulis dua syarat tayamum?
     i) ................................................................................
    ii) ................................................................................

3) Tulis dua rukun tayamum?
     i) ...............................................................................
    ii) ...............................................................................

4) Waktu bilakah seseorang itu boleh bertayamum?
     i) ..............................................................................
    ii) ..............................................................................

5) Tulis dua hikmah diharuskan bertayamum?
     i) .............................................................................
    ii) .............................................................................



Friday 30 December 2011



TAYAMUM

Tujuan
Memberi pengetahuan kepada individu dan pelajar tentang ilmu berkenaan tayamum sebagai rukhsah dalam melaksanakan ibadah sebagai seorang muslim.


Objektif
Di dalam perlaksanaan ibadah seharian kadangkala kita mengalami masalah untuk melaksanakannya. Tajuk kali ini dapat memberi pengajaran dan pembelajaran  tentang tayamum sebagai ganti wuduk.


PENGERTIAN DAN HUKUM TAYAMUM
Pada Bahasa: Sengaja
Pada Syarak: Memindahkan debu tanah pada anggota tayamum iaitu muka dan dua tapak tangan hingga kesiku dengan syarat yang tertentu sebagai rukhsah atau keringanan dan ganti daripada mengambil wuduk atau mandi wajib.

Hukum dan Tujuan tayamum
Hukum tayamum ialah harus
Tayamum disyariatkan dengan tujuan untuk menggantikan mandi wajib dan wuduk dalam keadaan dan syarat-syarat tertentu bagi mengharuskan ibadat seperti solat, menyentuh Al-Quran dan lain-lain.

  • Dalil Al-Quran

    Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik ; sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema`af lagi Maha Pengampun.” (QS. An-Nisa : 43)
  • Dalil Sunnah

    “…Dan dijadikan tanah bagi kita sebagai media pensuci, jika tidak terdapat air.” ( HR. Muslim)


  • Fardu Tayamum

    Fardu atau rukun ada lima perkara,iaitu:
    1) Niat
        Dilakukan pada permulaan memindahkan debu tanah kemuka
    2) Memindahkan debu pada anggota tayamum
    3) Menyapu muka
        Kawasan menyapu muka adalah sama seperti dalam wuduk
    4) Menyapu tangan hingga siku
        Kawasan menyapu tangan adalah sama seperti dalam wuduk
    5) Tertib
         Tertib adalah wajib mengikut susunan di atas

    Dan dalam salah satu lafadz riwayat Bukhori,
    وَمَسَحَ وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ وَاحِدَةً
    “Dan beliau mengusap wajahnya dan kedua telapak tangannya dengan sekali usapan”.
    Berdasarkan hadits di atas kita dapat simpulkan bahwa tata cara tayammum beliau shallallahu ‘alaihi was sallam adalah sebagai berikut.
    • Memukulkan kedua telapak tangan ke permukaan bumi dengan sekali pukulan kemudian meniupnya.
    • Kemudian menyapu punggung telapak tangan kanan dengan tangan kiri dan sebaliknya.
    • Kemudian menyapu wajah dengan dua telapak tangan.
    • Semua usapan baik ketika mengusap telapak tangan dan wajah dilakukan sekali usapan saja.
    • Bagian tangan yang diusap adalah bagian telapak tangan sampai pergelangan tangan saja atau dengan kata lain tidak sampai siku seperti pada saat wudhu.
    • Tayammum dapat menghilangkan hadats besar semisal janabah, demikian juga untuk hadats kecil.
    • Tidak wajibnya urut/tertib dalam tayammum.

    Fungsi Tayamum 


    1)  Mengharuskan kita melakukan ibadat wajib seperti solat
    2)  Mengharuskan kita melakukan ibadat sunat dan menyentuh Al-Quran
    3)  Mengharuskan orang yang uzur daripada menggunakan air disebabkan penyakit untuk melakukan ibadat.
    4)  Mengharuskan kita melakukan ibadat sekiranya ada air tetapi tidak mencukupi. Contohnya hanya ada untuk makan dan minum.

    Perkara yang membatalkan tayamum

    1)  Semua perkara yang membatalkan wuduk adalah juga membatalkan tayamum
    2)  Mengetahui ada air bagi tayamum yang disebabkan ketiadaan air
    3)  Murtad.

    Anggota Tayamum
    1)  Muka 
    2)  Tangan hingga kesiku

    Penghayatan
    Walaupun kita mempunyai masalah tidak boleh menggunakan air untuk berwuduk Allah S.W.T telah menyediakan rukhsah atau keringanan sebagai ganti wuduk dan wajib bagi kita melakukan dan mendirikan solat dengan bertayamum. Diharap ilmu yang sedikit ini dapatlah sama-sama kita mempelajari dan mendalami dengan cara yang paling baik.








    Thursday 15 December 2011

    BAHTERA PADANG PASIR

    Dalam perjalanan (musafir)Tayamum harus dilaksanakan ketika ketiadaan air atau kegunaan air yang tidak mencukupi atau menghadapi penyakit yang menghalang daripada terkena air.

    Apakah contoh-contoh keadaan yang mengharuskan tayammum kerana tidak mampu menggunakan air?

    1. Tidak mampu menggunakan air kerana sakit, atau bimbang bertambah sakit, atau bimbang lambat sembuh. Hal tersebut diketahui dengan pengalaman atau makluman dari doktor.

    2. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang.

    3. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air.

    4. Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu manusia atau binatang buas.

    5. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya atau sebagainya.

    6. Air diperlukan untuk menguli tepung, untuk memasak dan sebagainya.

    7. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan (yakni mesti dibersihkan).

    8. Bimbang kepada sejuk yang bersangatan jika musim sejuk luar biasa.

    Bagaimana jika ada air, namun tidak mencukupi untuk bersuci, adakah digunakan air baru tayammum atau terus tayammum?

    Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini

    Pandangan pertama; wajib digunakan air yang ada itu, kemudian barulah bertayammum bagi anggota yang tidak dapat dicuci dengan air. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan Imam Syafi’ie (dalam qaul jadidnya).

    Pandangan kedua; hendaklah terus bertayammum dan tinggalkan air itu. Pandanagn ini adalah pandangan jumhur ulamak yang terdiri dari al-Hasan, az-Zuhri, Hammad, Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’ie (dalam qaul qadimnya), Ibnu al-Munzir dan al-Muzanie (murid Imam Syafi’ie).
     

    PENGHUNI KHUTUB

    Bekalan air terhad cukup untuk keperluan makan dan minum.Cukup untuk kegunaan binatang peliharaan.




    Pautan ke..................


    Cara-cara bertayamum