Thursday 15 December 2011

BAHTERA PADANG PASIR

Dalam perjalanan (musafir)Tayamum harus dilaksanakan ketika ketiadaan air atau kegunaan air yang tidak mencukupi atau menghadapi penyakit yang menghalang daripada terkena air.

Apakah contoh-contoh keadaan yang mengharuskan tayammum kerana tidak mampu menggunakan air?

1. Tidak mampu menggunakan air kerana sakit, atau bimbang bertambah sakit, atau bimbang lambat sembuh. Hal tersebut diketahui dengan pengalaman atau makluman dari doktor.

2. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang.

3. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air.

4. Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu manusia atau binatang buas.

5. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya atau sebagainya.

6. Air diperlukan untuk menguli tepung, untuk memasak dan sebagainya.

7. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan (yakni mesti dibersihkan).

8. Bimbang kepada sejuk yang bersangatan jika musim sejuk luar biasa.

Bagaimana jika ada air, namun tidak mencukupi untuk bersuci, adakah digunakan air baru tayammum atau terus tayammum?

Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini

Pandangan pertama; wajib digunakan air yang ada itu, kemudian barulah bertayammum bagi anggota yang tidak dapat dicuci dengan air. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan Imam Syafi’ie (dalam qaul jadidnya).

Pandangan kedua; hendaklah terus bertayammum dan tinggalkan air itu. Pandanagn ini adalah pandangan jumhur ulamak yang terdiri dari al-Hasan, az-Zuhri, Hammad, Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’ie (dalam qaul qadimnya), Ibnu al-Munzir dan al-Muzanie (murid Imam Syafi’ie).
 

6 comments:

  1. sertakan rakaman cara-cara tayamum.

    ReplyDelete
  2. Cara bertayamum perlu dipaparkan..

    ReplyDelete
  3. banyak memberi tunjuk ajar cara bertayamum...maklumlah jarang di lakukan

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ustazah...... saya pernah terbaca di dalam sebuah buku yang mengatakan anggota tayamum hanya lah muka dan dua tapak tangan sahaja. dan kata Imam Ahmad sekiranya kita menyapu debu di tangan sehingga ke siku itu adalah atas kehendak sendiri sahaja, betul ke?

    ReplyDelete
  5. Pandangan setiap ulama' boleh dijadikan panduan kepada pelajar

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah pengetahuan ini dapat memberi pengetahuan kepada pelajar

    ReplyDelete